Salam sejahtera semua..
Waktu lunch ini saya spend time nak bercerita sikit sebab dan musabab.. kena perlu kita pilih UPLINE kita.
Untuk
pengetahuan anda semua.. saya memasuki tahun kedua 6 bulan dalam
business ini. Saya menyedari betapi pentingnya kita mempunyai UPLINE
yang kita pilih sendiri. Antara sebab kena saya berkata penting.. sebab
dengan ada nyer UPLINE… ada wujud perpindahan asam garam dalam business
sebab dia lebih makan garam dari kita.. dan UPLINE yang macam mana yang
perlu kita pilih
SEBELUM SAYA MEMBERIKAN TIPS eloklah saya
cerita serba serbi tentang penglibatan saya dalam Tupperware. Saya mula
menjinakkan diri dalam bisness ini bila mana.. sewaktu saya sedang makan
didapor.. kakak saya datang dan memberikan 1 buku katalog dan cakap
“dek syam.. ko pergi bawak katalog ini kat opis.. mana tahu ada order”
Nadanya
macam tak mengharap sebab dia ala ala baru masuk pun.. tapi saya ini
terus membuat tindakkan yang tak sepatutnya.. terus saya membalas..
“tak nak lah.. katalog niaga niaga nie.. malu lah nak niaga.. lagi lagi barang mak cik makcik.. tak nak lah”
Bile dengar nada ala ala mengomel.. kakak saya terus ala ala down..
“suke hati ko lah dek.. akak bagi ko 1 katalog nie”
Saya
pun belek belek.. ala ala tak lah ada yang menarik pun.. itu pikiran
waktu tu dan memang tak penah nak beli 1 pun Tupperware ..tapi sebab
sayangkan kakak ku.. saya terus bawak dan letak je kat atas meja.. lalu
pergi ke kelas..
Disebabkan
tempat saya nie agak terpencil dan selalu jadi lalu lalang akak akak..
maka mereka terus tanya harga barang tu.. yang bestnyer.. mereka beli
harga kat katalog tu.. memang masa tu tak tahu lah diskaun.. biler first
time beli kat stokes highway petaling jaya.. tetibe je.. ada lah pulak
dia bagi 20% (masa tu taka da downline lagi).. punya lah meloncat sebab
dapat diskaun 20%. Banyak tu..
Dan bile dah ada banyak
macam tu.. saya start berjumpa dengan seorang kakak.. dari organisasi
yang lain.. di Kayangan.. iaitu hajjah sahliah kasmani.. saya pun
secara kebetulan.. anak kak lia dan menantunya.. adalah anak didik saya
semasa di Kolej Professional Mara Beranang.. oleh kerana kenal ngan
anaknyer.. maka lebih mesra disana yang bertempat di Aman Suria..
Kak lia lah yang banyak mengajar tentang product knowledge dan cara nak
buat party sehinggakan party pertama pun dia yang bantu buat..
Tak
cukup ngan itu saya dibawa oleh kakak jumpa dengan upline nya.. kak ###
dan Kak ### (nama tak leh diberitahu).. bile ke stokes ampang..
berjumpa dengan 2 orang wanita yang tengah terpekik telolong di dalam
bilik.. ala ala bersemangat.. lalu saya pun duduk dan cume menengok..
masa tu sibuk bercerita pasal trip.. dan yang best nyer.. semua pompuan
dan dialah shireen tan
yang betul betul ada kuasa dari suara dan
keyakinan diri nya.. masih ingat masa tu dia bukak biznet kakak saya dan
terus bertanya.. “siapa yang buat ini RM4000?”.. masa tu.. kakak saya
cakap.. “ adek saya.. “ sambil tangannyer menunjukan pada saya.. dan dia
seolah olah terkejut dan macam tak caya.. terus dia cakap.. balik..
“bukan un parking sales?”.. dan lantas saya menjawab.. memang saya
beli.. kat PJ..
Terus dia senyap dan terus dia tukar topic.. rasanya dia tak caya kot LELAKI boleh
jual Tupperware jugak.. dan ingat lagi masa tu pun ada Lai peng..
UPLINE saya yang berada di tawau.. dan baru saya sedari.. saya under BCO
tawau, sabah.. dan ingat lagik.. mereka menjerit..
“siapa mahu pergi BEIJING?”.. ambek tangan (means angkat tangan)..
Saya pun dengan rasa tak malu.. angkat je la tangan sebab teruja nak ke Beijing..
Dia cakap lagi “ u belum boleh pergi.. maybe next year trip.. ini hanya director sahaja..”
Saya pun rasa maluuuu sangat.. dan nak Tanya.. DIRECTOR tu apa?..
Banyak betul benda tak tahu.. dan jauh dari lubuk hati.. teringin nak ke Beijing..
Dan
bile balik.. asyik fikiran Beijing sahaja.. lalu saya mengatur strategi
dan belajar dari manual dengan sendiri.. semua sendiri.. bukan kakak
tak nak ajar.. tapi dia pun ala ala macam tak berapa nak berminat +
suami dia tak berapa nak support.. jadi dia ala ala tak buat..
Bile belajar sendiri.. memang payah.. tapi atas usaha membelek buku manual Tupperware.. saya rasa inilah business saya..
Bulan
ke 3.. saya terus membuat sales dan mencari recruit.. sales saya dapat
dalam 8000 .. sangat teruja dan paling best.. saya terus mendaftar
sebagai seorang DIQ..
Dan paling tak sangka.. bulan ke 4.. saya
masuk dalam business ini.. start dengan RM44 ringgit komisen.. terus
melonjak ke RM664 komisen.. memang banyak betul pengaruh 4 dalam hidup
saya.. anak ke 4.. komisen bulan ke 4.. mula start komisen dengan 44..
dan komisen bulan ke 4.. 664.. hehehhe kebetulan..
Dan akhirnya pada bulan ke 5..sesuatu yang diluar jangka.. saya telah bergelar DIRECTOR..
Dengan komisen RM4000 terus dan menghasilkan 3 orang Director terus.. semuanya adalah Director lelaki..
Paling
mengharuankan… shireen memaklumkan pada saya.. saya layak ke BEIJING..
kerana bulan ini team sales saya mencecah RM 53 000… memang diluar
jangkaan tetapi kenyataan..
Atas pengalaman itu.. komisen saya
mencecah RM1000 bile bergelar director 3 star dan sehingga kini dan
mencecah RM7000 sebulan dan Alhamdulillah.. dengan wang Tupperware ,
saya akan memberikan pada mak dan ayah saya duit untuk ke Mekah minggu
depan.. sangat sangat seronok..
Oleh yang demikian.. saya
nak share.. betapa kalau saya punya UPLINE yang guide saya.. semestinya
kejayaan itu lebih tetapi syukur.. kerana taka da upline.. saya tahu
pahit getir dalam memulakan perniagaan..
Yang saya teruja teruja sebab first time terus dapat RM4000 lebih.. memang diluar jangkaan sangat.. dan
saya focus terus dalam Tupperware.. dan syukur.. baru baru ini saya
diumumkan champion dalam % increase growth iaitu sebanyak 308%.. dimana
diambil dari tahu 2012 dan 2013.. Alhamdulillah..
Jadi, saya nak share sikit tentang peri pentingnya dan saya tak
nak anda susah susah taka da hala tuju.. selalunya kalau tak kuat
semangat.. pasti boleh give up.. namun.. bile ada upline.. yang
baiknyer.. dia akan share apa yang boleh dan apa yang tak boleh..
Oleh yang demikian.. saya share dengan anda tentang..
TIPS memilih UPLINE Tupperware
1. BERFIKIRAN POSITIF
Mendekati
upline yang selalu berfikiran positif adalah salah satu kunci kejayaan
kita.. upline senantiasa focus dan positif dalam kerje yang dia buat dan
senantiasa beri semangat pada downline.. pernah tak jumpa upline yang
sama sama down dan sama sama memberi alas an.. ia tak ubah seperti
seorang guru yang mengajar anak muridnya merokok.. walaupun upline tak
berapa perfume.. tapi upline harus mempunya sikap positif yang sangat
teguh..
2. BERANI DAN KENTAL
Upline
yang berani dalam membuat keputusan adalah upline yang kita harus carik
dan kita perlukan kekentalan jiwa.. kalau ada apa apa yang berlaku..
upline kena protect downline.. dan kalau downline buat silap.. upline
kena berani tegur dan beri nasihat berguna.. agar tidak terlanjur
melakukan kesilapan yang seterusnya..
3. KREATIF ATUR STRATEGI
Saya
melihat upline yang kreatif dalam membuat cara baru.. tak kisahlah dia
buat poster ke.. dia kreatif buat party dan buat sesuatu yang menarik..
dan upline yang kreatif ini selalu membuat kejutan pada downlinenya dan
downline akan jadi seronok dan sangat bahagia.. kreatif dalam mengatur
strategi juga adalah salah satu dari kreteria pemilihan upline..
4. RAJIN DAN SMART
Siapa
yang rajin memang akan Berjaya.. tetapi kalau dia rajin dan smart dalam
membuat strategi.. tidak lah penat sangat nak capai kejayaan.. kena buat
kajian dan brainstorming idea.. itulah cara upline untuk bertindak..
dan upline yang pandai membahagi masa merupakan upline yang masuk dalam
factor pemilihan juga kerana bijak merebut peluang dan membahagi masa.
5. BERTANGGUNGJAWAB
Satu
satu perkara adalah berbalik pada tanggungjawab.. sebagai seorang
upline yang mendapat duit komisen dari downline.. saya bertanggungjawab
untuk share something kepada mereka.. dan kita harus menghargai mereka
juga., berikan mereka hadiah dan recognition.. dan paling penting kena
telus dan bantu yang mana boleh dibantu.. jangan pulak sampai bantu
letak sales beriban riban.. tanpa membiarkan dia berusaha.. jadi
pikirkan lah.. tepuk dada Tanya Tupperware..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan