http://www.blogaholicdesigns.com/

Jumaat, 25 Oktober 2013

Testimonial Pengguna Produk Tupperware :

Saya telah mula menggunakan produk ini sejak sekolah rendah lagi. Maklumlah pelajar sekolah rendah, kerap kali juga saya menghilangkan botol-botol air tupperware saya di sekolah atau di mana-mana saja. Oleh kerana Tupperware tersebut bukanlah berharga RM2.50, malahan mencecah RM20 untuk sebiji, maka sebagai denda oleh ibu, belanja harian saya akan dipotong selama seminggu. Sebagai ganti juga, saya hanya dibenarkan memakai 'Tipuware' yang mudah didapati di kedai-kedai plastik 2 ringgit. 

Meskipun harganya agak boleh tahan (bekas simpanan nasi mencecah RM120 setong), namun ia amat berbaloi dan tahan lama. Sekiranya berlaku 'kecederaan' kepada botol air tersebut (bukan dari kesilapan pengguna), contohnya penutup tupperware telah 'buruk' akibat penggunaan yang lama dan sebagainya kita boleh menukarnya secara percuma di stokis-stokis berhampiran secara percuma. Tupperware juga ada 'warranty' seumur hidup.

Ramai orang menganggap semua plastik adalah tupperware. Terutamanya orang lelaki yang tidak tahu membezakan antara 'Tupperware', dan bekas plastik biasa. Tupperware biasanya memiliki logo dan katalog tersendiri. Produknya juga boleh dikenali dari kualitinya yang bermutu tinggi dan pelbagai variasi bentuk dan warna yang menarik. Jika anda tidak mengenali sama ada ia 'Tupperware' asli atau Tipuware, cubalah anda hilangkan atau tinggalkan bekas tersebut di pejabat anda. Jika bekas yang anda tinggalkan tersebut merupakan Tupperware, sekembalinya anda ke rumah, pasti ibu, atau kakak, atau isteri anda akan mengamuk atau membebel, "Dia tak tahu mahalnya tupperware tu!!", walaupun yang ditinggalkan hanya sebiji bekas makanan kecil. Sekiranya plastik biasa, mesti mereka cuma mungkin akan berkata, "Hai, basilah makanan tu.." tanpa menghiraukan bekas plastik tersebut. Ternyata, ia memang lumayan di hati mereka, si peminat Tupperware.(seperti saya :p) - Hanya jauhari yang mengenal manikam.ewah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan